03 July 2018

PENGAMBILAN ANTIBIOTIK YANG BETUL

AMARAN!

Topik ini agak berat untuk dibaca, tetapi sangat bagus untuk pengetahuan am kita mengenai pengambilan ubat antibiotik. 

***********************************************************************


Pernahkah anda mengalami sakit gigi yang terlalu kuat sehingga tidak boleh tidur atau melakukan kerja harian? Bagi sesetengah kes yang serius, akan terdapat bengkak pada pipi, muka ataupun gusi, sehingga kadang kala terdapat nanah keluar daripada tisu sekeliling gigi.
             



Apakah punca anda mendapat masalah ini?

Dalam kebanyakan kes, masalah seperti ini adalah disebabkan oleh jangkitan kuman di dalam mulut. Lebih spesifik,  jangkitan kuman pada gigi yang berpunca daripada bakteria. 



Di dalam mulut kita, terdapat berbilion bakteria yang tidak merbahaya sebenarnya. Tetapi, jika kita tidak menjaga mulut dan gigi dengan bersih, penjagaan yang tidak betul; maka bakteria akan membiak dan menyebabkan masalah seperti gigi berlubang, gusi bengkak dan merah, mulut berbau busuk dan lain-lain. 



Jika terdapat jangkitan bakteria, doktor akan memberi ubat antibiotik untuk membunuh kuman dan menghilangkan kesan jangkitan. Tetapi, terdapat sesetengah pesakit agak memandang ringan akan kepentingan antibiotik dalam merawat masalah yang mereka hadapi. Sesetengah pesakit tidak mahu memakan antibiotik langsung, atau ada yang ambil tetapi makan tidak mengikut jadual aturan yang betul. Paling teruk adalah ubat diambil atau dibayar, tetapi tidak dimakan, hanya disimpan di dalam peti atau diletak atas meja sahaja. 



Terdapat pesakit tidak mahu mengambil atau memakan antibiotik kerana mereka berfikir antibiotik boleh memudaratkan badan (kerana bahan kimia yang terdapat di dalam ubat). Pendapat ini adalah tidak tepat kerana tiada keburukan mengenai antibiotik, tetapi (keburukan) hanya datang jika seseorang itu tidak habis memakannya.  Jika dos tidak cukup, ia bukan hanya memberi kesan kepada satu orang, tetapi kepada satu komuniti kerana kuman tidak mati, malah semakin kebal, kuat dan tahan lama. Jadi seharusnya ubat antibiotik yang telah dipreskripsi oleh doktor perlu dihabiskan mengikut arahan. 

Yang penting, pesakit jangan memandai-mandai mengambil antibiotik tanpa saranan atau preskripsi doktor. Pesakit perlu tahu yang antibiotik tidak boleh dimakan dan dihabiskan dalam tempoh tiga hari kerana jika ia sekurang-kurangnya memerlukan lima hari untuk dimakan berterusan mengikut waktu dan dos yang ditetapkan ahli farmasi. Apa yang penting, orang ramai perlu fahami dan patuhi konsep 5B dalam pengambilan dan penggunaan ubat yang digariskan persatuan iaitu 'pengguna yang betul, ubat yang betul, dos yang betul, cara pengambilan ubat yang betul dan masa pengambilan ubat yang betul'.





CARA PENGAMBILAN ANTIBIOTIK YANG BETUL 

  1. Baca arahan pada label ubat.
  2. Pastikan dos yang diambil adalah betul.
  3. Ketahui tempoh pengambilan ubat.
  4. Gunakan bekas bersukat atau picagari yang dibekalkan untuk minum ubat. 
  5. Gandaan dos tanpa nasihat doktor atau ahli farmasi akan membahayakan kesihatan manakala pengurangan dos akan mengurangkan kesan ubat.


Penggunaan antibiotik untuk rawatan gigi.

Bagi rawatan pergigian, kadang kala ubat antibiotik akan diberikan kepada pesakit. Hal ini bertujuan untuk mengelakkan jangkitan kuman bertambah semakin teruk, terutama sekali apabila selesai rawatan pembedahan. Contohnya pembedahan implant (tanam skru pada rahang) atau surgeri untuk membuang gigi geraham bongsu. 

Ubat antibiotik yang kerap diberi kepada pesakit adalah Amoxicillin (daripada group Penicllin) ataupun Metronidazole. Jika pesakit allergi terhadap amoxicillin, ubat Erythromycin/clindamycin/tetracycline akan diberikan (bergantung kepada sama ada jangkitan kuman serius ataupun tidak).

Jika ubat yang diberikan diambil ikut waktu yang ditetapkan dan seperti yang telah dinasihatkan oleh doktor, maka kuman dapat dibunuh dan jangkitan kuman pada badan akan hilang cepat. 


2 comments:

  1. Thanks a lot for sharing this amazing knowledge with us. This site is fantastic. I always find great knowledge from it. Root canal Treatment cost in Bhopal

    ReplyDelete
  2. It is a very informative and useful post thanks it is good material to read this post increases my knowledge. Dentist in jaipur

    ReplyDelete