06 March 2018

UBAT GIGI UNTUK KANAK-KANAK

Memberus gigi adalah antara amalan penjagaan mulut yang sebaiknya dilakukan untuk kebersihan diri. Memberus gigi menggunakan ubat gigi berfluorida setiap hari boleh mencegah gigi daripada berlubang.

Penggunaan ubat gigi berfluorida merupakan salah satu cara untuk melindungi gigi dan mengurangkan kadar kerosakan gigi di serata dunia.

Kanak-kanak yang memberus gigi sekurang-kurangnya sekali sehari dengan ubat gigi yang mengandungi fluorida akan kurang mengalami kerosakan gigi.

Apa itu flourida dan ubat gigi?

                  


Fluorida
 ialah mineral semula jadi yang boleh menguatkan lapisan luar gigi dan membantu mencegah kerosakan gigi. Walau bagaimanapun, penggunaan fluorida yang berlebihan boleh menyebabkan fluorosis enamel iaitu kecacatan pada lapisan luar gigi.


Ubat gigi 

adalah pes atau gel pembersih gigi yang digunakan dengan berus gigi. Ia digunakan untuk membersihkan dan mengekalkan kecantikan dan kesihatan gigi. Ia berfungsi membantu menghilangkan plak gigi dan sisa makanan yang melekat pada permukaan gigi, mengurangkan halitosis (masalah mulut berbau) serta mengandungi mineral aktif seperti  fluorida dan natrium sulfat. Kandungan flourida di dalam ubat gigi adalah berbeza mengikut keperluan. Bagi kanak-kanak, jumlah flourida yang diperlukan adalah 450ppm sehingga 600ppm. Manakala bagi orang dewasa adalah 1000ppm sehingga 1450ppm. 


Penggunaan Ubat Gigi Berfluorida Yang Betul

Memberus gigi dengan menggunakan ubat gigi berfluorida untuk kanak-kanak boleh memastikan gigi anak-anak anda menerima kebaikan fluorida iaitu menguatkan enamel gigi serta mencegah karies.
Kuantiti penggunaan ubat gigi berfluorida yang di cadangkan: 



Untuk kanak-kanak di bawah 2 tahun

Bagi kanak-kanak di bawah umur 2 tahun, ubat gigi mungkin tidak perlu digunakan
ATAU

hanya meletak satu lapisan yang sangat tipis pada permukaan berus gigi 

ATAU

sebesar saiz sebutir beras



Untuk kanak-kanak  3-6 tahun

Gunakan kuantiti kecil ubat gigi berfluorida kanak-kanak sebanyak 0.25 g ke 0.5 g 

ATAU 

sebesar kacang soya / kacang hijau

ATAU 

sepanjang 5mm pada permukaan berus gigi

Peringatan : Kanak-kanak berumur 6 tahun ke bawah hendaklah di bantu semasa memberus gigi dan penggunaan ubat gigi berfluorida mestilah di kawal oleh ibu bapa atau penjaga. Sebahagian ubat gigi mempunyai perisa yang pelbagai, seperti strawberi, pisang dan lemon. Oleh itu, kadang-kala anak kita akan menelan sahaja ubat gigi dan tidak meludah keluar. 
Ajar anak anda untuk tidak menelan ubat gigi sebaliknya meludah sebaik sahaja selepas
memberus gigi.





Untuk kanak-kanak  6 tahun ke atas 

Pada usia ini, kanak-kanak sudah dibenarkan untuk 
menggunakan ubat gigi dewasa (1000ppm flourida). Kuantiti 
yang diperlukan adalah sedikit sahaja, iaitu  sebesar kacang 
soya/kacang hijau atau separuh daripada kepala berus gigi khas 
untuk knak-kanak. 

Paling penting, jangan biarkan anak anda menelan ubat gigi.  Ibu 
bapa boleh merujuk kepada doktor gigi tentang ubat gigi yang 
sesuai untuk anak anda. 

Setiap kanak-kanak mungkin mempunyai keperluan yang berbeza, bergantung 
kepada tahap kerosakan gigi anak anda di dalam mulut. 




Perkara yang BOLEH dan TIDAK BOLEH dalam penggunaan ubat gigi untuk kanak-kanak

Boleh
   1) Gunakan secalit sahaja ubat gigi kanak-kanak untuk yang kecil di bawah umur 2  
      tahun  ( Ubat gigi kanak-kanak mengandungi fluorida sebanyak 600ppm atau 
     kurang )
     2) Berus dua kali sehari (pada waktu pagi dan malam sebelum tidur)
3) Penting memberus di waktu malam sebelum tidur




Tidak Boleh

1) Jangan mencadangkan ubat gigi yang mengandungi lebih fluorida dari 600ppm untuk 
                 
     kanak-kanak berumur 6 tahun ke bawah melainkan di nilai kadar kariesnya tinggi.

 2) Jangan berkumur selepas memberus gigi (digalakkan berludah sahaja )

Untuk kanak-kanak yang di nilai kadar kariesnya tinggi, walaupun ia berumur enam tahun ke bawah, ia di nasihatkan menggunakan ubat gigi berfluorida mengandungi lebih daripada 1000ppm fluorida ataupun ubat gigi dewasa.




Kesan Pengambilan Fluorida Berlebihan

Pengambilan fluorida berlebihan oleh kanak-kanak sering kali terjadi bila mereka menelan ubat gigi berfluorida semasa memberus gigi. Sesetengah kanak-kanak suka dengan rasa ubat gigi yang berperisa. Ini menyebabkan mereka menelan ubat gigi tersebut.
Dalam keadaan lain, sesetengah kanak-kanak diberi fluorida tambahan secara berlebihan. Terdapat juga yang diberi fluorida tambahan sedangkan bekalan air paip sudah pun mengandungi fluorida yang mencukupi.
Pengambilan fluorida yang berlebihan semasa proses pembentukan gigi boleh menyebabkan kecacatan gigi. Kesannya, lapisan luar gigi (enamel) yang putih dan licin menjadi lubang-lubang kecil berwarna coklat/kekuningan/putih susu. Warna ini kelihatan jelas pada permukaan gigi hadapan. Keadaan ini dipanggil ‘FLUOROSIS’

Gigi hadapan sangat penting untuk penampilan dan senyuman menarik. Sudah tentu kecacatan gigi tersebut boleh menjejaskan keterampilan diri.