29 February 2016

GIGI PALSU PUNCA PNEUMONIA

GIGI PALSU 

punca 

PNEUMONIA??

Pelbagai penyakit boleh wujud akibat tidak memberus gigi, maksudnya tidur dengan gigi yang kotor. Salah satu penyakit ialah pneumonia atau radang paru-paru. Menjaga kebersihan gigi adalah sangat penting untuk memastikan gigi sentiasa kuat dan sihat.

Di kalangan golongan tua atau berumur, terutama daripada kelas ekonomi bawah dan pertengahan, ramai yang sudah kehilangan gigi kekal. Punca utama adalah kelalaian dalam penjagaaan gigi. Pelbagai rawatan boleh dilakukan untuk menggantikan gigi yang telah hilang, seperti gigi palsu dan implant. Ramai yang memilih menggunakan gigi palsu (separa atau penuh) atas sebab faktor kewangan. Tetapi, perlu sentiasa ingat bahawa walaupun gigi telah tiada dan menggunakan gigi palsu, kebersihan mulut tetap perlu diutamakan.

Dalam satu kajian yang dijalankan di Nihon University, Jepun, mereka mengkonklusi bahawa ‘gigi yang kotor boleh menyebabkan pelbagai penyakit sehingga boleh mengancam nyawa’. Mereka telah memeriksa 524 orang tua, berusia 80 tahun dan ke atas. Daripada kumpulan itu, seramai 453 orang memakai gigi palsu. Selama tiga tahun para peneliti mencatat data kesihatan mulut, perilaku kesihatan, kesihatan umum, dan hasil ujian darah mereka. Mereka juga mencatat peserta yang sakit atau meninggal dunia disebabkan pneumonia. Mereka yang tidur malam tanpa menanggalkan gigi palsu daripada mulut (186 orang) ternyata berisiko pneumonia,  dua kali lebih tinggi dibandingkan mereka yang tidak memakai gigi palsu. Bakteria yang berkembang di mulut dapat merebak ke paru-paru sehingga menimbulkan pneumonia. Pneumonia di kalangan orang tua banyak yang berakhir dengan kematian kerana sistem imunisasi badan mereka lemah.

  


Untuk itu diperlukan menjaga kebersihan gigi kita dan menghindari pemakaian gigi palsu ketika tidur bagi mereka yang sudah menginjak usia lanjut. Agar kebersihan mulut tetap terjaga dan terhindar dari penyakit.

CARA PENJAGAAN GIGI PALSU
  •   Bersihkan gigi palsu setiap kali selepas makan
  •    Berus keseluruhan permukaan gigi palsu, gusi dan lidah dengan menggunakan berus gigi yang lembut
  • Tanggalkan gigi palsu sebelum tidur
  •  Rendam gigi palsu di dalam air / larutan pembersih denture apabila tidak digunakan
  • Jangan gunakan air panas atau larutan toksik untuk membersihkan gigi palsu
  •  Gunakan pelekat gigi palsu (denture adhesive) jika perlu
  •   Bawa gigi palsu ke klinik untuk diperbaiki jika rosak atau patah
  • Setiap gigi palsu perlu dilabel untuk mengelakkan bertukar pemilik