29 May 2017

SLEEP DISORDER BREATHING, gangguan pernafasan semasa tidur

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, kesedaran dikalangan doktor (perubatan & pergigian) tentang masalah pernafasan semasa tidur (sleep disorder breathing, SDB) semakin meningkat.

Mereka mengakui bahawa SDB adalah salah satu punca pelbagai masalah kesihatan. SDB adalah masalah secara umum untuk  orang yang berdengkur semasa tidur dan juga gangguan pernafasan semasa tidur (Obstructive Sleep Apnoea, OSA). Mengikut statistik lebih kurang 15-50% orang dewasa mempunyai masalah SDB.



PUNCA SDB

Bernafas melalui mulut adalah cara yang salah, dan merupakan salah satu sebab kepada masalah SDB. Jika seorang kanak-kanak bernafas melalui mulut, kemungkinan mengganggu perkembangan tumbesaran rahang. Rahang tidak akan membesar gerak kehadapan dan terbantut. Manakala orang dewasa yang ada masalah SDB pula, kebanyakannya mempunyai saiz rahang atas yang kecil dan sempit. Ini akan menyebabkan lidah tidak mempunyai ruang yang cukup luas didalam mulut. Saiz lidah yang besar dan saiz tulang rahang bawah yang kecil akan menjadikan saluran pernafasan sempit dan tersekat. Ini akan menyebabkan pesakit kurang lena semasa tidur (tidur yang kurang berkualiti) dan seterusnya memberikan stress kepada tubuh badan terutamanya kepada jantung. Oleh itu, adalah sangat penting untuk memperbetulkan teknik pernafasan, bermula dengan melalui hidung dan mulut tertutup.



Pesakit SDB akan mengalami masalah dari segi emosi, tenaga, keupayaan untuk mengawal stress dan kadang kala ada masalah dari segi kelakuan. Selain itu, SDB juga boleh menyebabkan masalah kesihatan yang boleh membahayakan nyawa, seperti strok dan serangan jantung. 

SDB berlaku apabila udara yang disedut, sama ada melalui mulut atau hidung tersekat semasa tidur. Udara yang tersekat selalunye berpunca daripada otot disekeliling tekak dan rahang  yang lemah, dan banyak lagi faktor penyumbang kepada SDB. 

Antara faktor-faktor yang biasanya punca kepada SDB ialah pernafasan melalui mulut (kronik), diet yang tidak sihat, obesiti dan rahang mulut yang kecil. Selain itu, rawatan pendakap gigi yang melibatkan cabutan gigi akan menambah burukkan lagi masalah SDB ini.



CIRI-CIRI SDB

Ciri-ciri orang yang mungkin menderita OSA:
Berdengkur
Rasa mengantuk yang berlebihan di siang hari
Tercekik atau termengah-mengah selama tidur
Merasa tidak segar, meskipun telah cukup tidur

Gejala lain adalah termasuk tertidur sewaktu memandu, depresi, mudah marah, menurunnya libido dan sakit kepala di pagi hari.


RAWATAN 

Mesin CPAP
intraoal device
   Dulu, rawatan untuk SDB adalah dengan menggunakan ‘continous air pressure (CPAP) device’. Tetapi, kebanyakan pesakit tidak selesa kerana CPAP mesin  menggunakan topeng muka ketika tidur dan saiz mesin yang agak besar, jadi susah untuk dibawa kemana-mana. Oleh itu, rawatan SDB sekarang adalah lebih fokus kepada penggunaan alat di dalam mulut (intra-oral appliance) untuk mengurangkan simptom-simptom & memberikan kelegaan kepada pesakit SDB. Kadang-kala, penggunaan CPAP mesin boleh diguna bersama intraoral device.  Selain itu, adalah penting pesakit mengamalkan cara hidup yang sihat dengan bersenam dan diet yang berkhasiat. Mengetahui dan mengamalkan cara pernafasan yang betul adalah sangat pending.











3 comments:

  1. My partner and i ardor that may nexts further contrivance moreover understanding make money details gain trusted your criminal offenses. My partner and i outcome in the same way overdue which i deal with this. It is a lot of worthwhile believability unable valuable in the same way My partner and i totally reliable almost any a lot of via using it. Root Canal Specialist in Bhopal

    ReplyDelete
  2. Picks Against the Spread - ChoEcasino dafabet link dafabet link クイーンカジノ クイーンカジノ 594Bet Clan: Football, Basketball, Tennis - LACbet

    ReplyDelete