28 March 2017

PROSEDUR TAMPALAN GIGI

 
Adakah anda berjumpa dengan doktor gigi untuk melakukan pemeriksaan gigi secara berkala? Kebanyakan individu akan berjumpa dengan doktor gigi jika gigi mereka ada masala seperti sakit, bengkak, gigi pecah ataupun gusi berdarah.

Tahukah anda masalah di atas dapat dielak jika anda melakukan pemeriksaan gigi? Pepatah 'sediakan payung sebelum hujan' adalah amat sesuai untuk dikaitkan dengan gigi kita, kerana jika gigi telah rosak dan perlu dicabut, maka masalah lain akan timbul. Contohnya; tidak selesa bercakap ataupun susah untuk mengunyah makanan. 

Berikut merupakan procedure tampalan yang akan dilakukan jika gigi berlubang. Keseluruhan proses biasanya tidak menyakitkan dan ambil masa lebih kurang 15-20minit untuk menampal 1 gigi (bergantung kepada saiz lubang pada gigi).



1. Gigi akan diperiksa untuk mengetahui sama ada gigi sihat ataupun   
    berlubang/karies. Jika terdapat karies, lokasi dan saiz akan  
    ditentukan.

2. Doktor gigi akan menentukan apakah rawatan yang sesuai,  
    bergantung kepada saiz dan kedalaman karies gigi. Peringkat ini 
    adalah pening untuk memastikan selepas tampalan dibuat, gigi 
    tidak akan berasa sakit & untuk mengelakkan kerosakan yang baru 
    pada gigi yang ditampal. Kadang-kala sebelum rawatan dijalankan, 
    pesakit dikehendaki untuk mengambil xray gigi (untuk memeriksa 
    kedalaman gigi yang rosat atau terdapat jangkitan kuman ataupun tidak). 



  • Gigi yang sihat, diselaputi oleh plak /kotoran gigi / karang gigi hanya memerlukan rawatan penskaleran atau cuci gigi. 


  • Manakala, gigi yang telah rosak memerlukan rawatan tampalan gigi. 


  • Jenis tampalan bergantung kepada keseriusan karies. Jika karies hanya di enamel & dentin gigi, tampalan biasa akan dilakukan. 



  • Jika saiz kerosakan besar, sehingga ke saraf gigi, maka rawatan akar perlu dilakukan (untuk mengelakkan cabutan gigi). 



  • Tetapi, jika kerosakan gigi telah melibatkan tulang atau tisu sokongan, kemungkinan gigi perlu dicabut. 


3. Sebelum rawatan gigi dilakukan, ubat bius akan dicucuk  
    untuk mengelakkan pesakit berasa sakit (lebih kepada  
    masalah sensitif gigi). Selain itu, tujuan ubat bius adalah 
    untuk memastikan pesakit berasa selesa sepanjang 
    rawatan diberikan.


  

4. Doktor gigi & jururawat pergigian akan  menyediakan 
    peralatan rawatan gigi yang diperlukan 







5. Karies tisu akan dibersihkan sama ada menggunakan peralatan ‘drilling’ / angin
    bertekanan tinggi / laser. 




    Tisu karies yang lembut berwarna kuning/coklat akan dibuang, permukaan gigi yang 
    keras (walaupun berwarna hitam/gelap) akan dibiarkan. 

   Gigi akan diasingkan dengan empangan getah untuk memastikan semasa tampalan   
   dibuat, tiada air liur melekat pada gigi (gigi perlu sentiasa kering). Jika terdapat air leur, 
   maka proses perlekatan bahan tampalan ke gigi akan terganggu. 



6. Selepas karies tisu dibersihkan, saiz lubang akan diperiksa 
    lagi sekali. Ini untuk memastikan jika lubang gigi dekat 
    dengan saraf, satu lapisan tampalan tambahan perlu 
    dibuat untuk melindungi saraf gigi (bahan tampalan bias 
    bersifat asid, jika hampir dengan saraf, boleh 
    menyebabkan gigi sakit)




7. Proses tampalan akan dilakukan apabila gigi telah dibersihkan & kering. Bahan tampalan 
    gigi yang selalu digunakan ialah :



    - amalgam           ; berwarna kelabu, paling kyat, 
                                  mengandungi sedikit merkuri

   - composite resin ; berwarna putih (mengikut warna gigi) , 
                                 sangat sensitif terhadap air dan  
                                 persekitaran lembap

   - glass ionomer cement (GIC) ; berwarna kekuningan 
                                  sedikit, tidak sensitif terhadap air


















    





Peringkat akhir adalah melicinkan permukaan tampalan supaya pesakit berasa selesa, & plak makanan senang dibersihkan. 

Walaupun gigi telah ditampal, paling penting adalah untuk memastikan tampalan tidak rosak dan tiada lubang baru pada gigi. Teknik menggosok gigi adalah sangan penting supaya plak data dibersihkan dengan optimum. 



15 comments:

  1. These are useful points and informative post, thanks a lot for providing this information here.
    https://goo.gl/5FJ2rs

    ReplyDelete
  2. Teeth need lots of care because it makes you smile confidently, so don't ignore your teeth problems.
    Visit managed it services Mississauga

    ReplyDelete
  3. The dentist put the silver filling inside my tooth without me knowing it... And now I don't like how it looks...I want to remove the silver filling... Can I remove it and change it to the white filling...?

    ReplyDelete
  4. saya nak tahu benda macam gaus penberhentian darah masa cabut gigi boleh menyebabkan gusi membesar?

    ReplyDelete
  5. Boleh sy tahu setiap kali rawatan berapa gigi boleh ditampal ?

    ReplyDelete
  6. Saya baru lepas tampal. Selepas tampal jadi sakit plak.. Sy belum pergi jumpa dentist lagi.. Apakah sebabnya? apakah saya perlu tggu atau segera jumpa doctor..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun sama, dan bibir bawah jadi kebas

      Delete
  7. Kenapa yer setiap kli terkena sudu ketika mkn.. Terasa sakit pada tempat tampalan gigi tu.. Wlaupun tmpalan tu dh 3 tahun lps dibuat jenis amalgam..

    ReplyDelete
  8. Dah buat tampalan bila boleh makan??

    ReplyDelete
  9. Bolehkah menampal semua gigi yang berlubang dengan 1 hari sahaja tanpa dtg lgi hri berikutnya utk menampal yg lain?

    ReplyDelete
  10. Boleh kah di buat tampalan kali kedua pada lubang yang sama?

    ReplyDelete
  11. It is a very informative blog post. Thank you for sharing.

    ReplyDelete
  12. I feel the article is very interesting. I also appreciate your writings. Please look at my articles dentist baulkham hills Thank you.

    ReplyDelete
  13. Gigi saya baru tampal.. tampalan itu warna putih.. Saya nak tanya, boleh ke selepas 3 bulan saya tukar tampalan ke warna silver. Sebab silver tahan lama.. gigi saya berlubang di geraham... Hmmm

    ReplyDelete
  14. This kind of airwaves beneficial to sprint the actual group of your respective party. The extremely propitious by means of in order to intense the actual system associated with career promoting. Keep pertaining to acquaint this portion. This kind of goods helps myself nearbys. Joys to your expressing, My partner and i ostracize countenance punctilious complaisances for your weblog. Root canal Treatment cost in Bhopal

    ReplyDelete