GIGI PALSU
punca
PNEUMONIA??
Pelbagai
penyakit boleh wujud akibat tidak memberus gigi, maksudnya tidur dengan gigi
yang kotor. Salah satu penyakit ialah pneumonia atau radang paru-paru. Menjaga
kebersihan gigi adalah sangat penting untuk memastikan gigi sentiasa kuat dan
sihat.
Di kalangan
golongan tua atau berumur, terutama daripada kelas ekonomi bawah dan
pertengahan, ramai yang sudah kehilangan gigi kekal. Punca utama adalah
kelalaian dalam penjagaaan gigi. Pelbagai rawatan boleh dilakukan untuk
menggantikan gigi yang telah hilang, seperti gigi palsu dan implant. Ramai yang
memilih menggunakan gigi palsu (separa atau penuh) atas sebab faktor kewangan.
Tetapi, perlu sentiasa ingat bahawa walaupun gigi telah tiada dan menggunakan
gigi palsu, kebersihan mulut tetap perlu diutamakan.

Untuk
itu diperlukan menjaga kebersihan gigi kita dan menghindari pemakaian gigi
palsu ketika tidur bagi mereka yang sudah menginjak usia lanjut. Agar
kebersihan mulut tetap terjaga dan terhindar dari penyakit.
CARA
PENJAGAAN GIGI PALSU
- Bersihkan gigi palsu setiap kali selepas makan
- Berus keseluruhan permukaan gigi palsu, gusi dan lidah dengan menggunakan berus gigi yang lembut
- Tanggalkan gigi palsu sebelum tidur
- Rendam gigi palsu di dalam air / larutan pembersih denture apabila tidak digunakan
- Jangan gunakan air panas atau larutan toksik untuk membersihkan gigi palsu
- Gunakan pelekat gigi palsu (denture adhesive) jika perlu
- Bawa gigi palsu ke klinik untuk diperbaiki jika rosak atau patah
- Setiap gigi palsu perlu dilabel untuk mengelakkan bertukar pemilik
No comments:
Post a Comment