12 September 2016

KESIHATAN GIGI DAN TUBUH BADAN







BAGAIMANA PLAK GIGI BERHUBUNG KAIT DENGAN KESIHATAN BADAN?


Beberapa kajian telah dilakukan sejak beberapa dekad yang lalu, dan mereka mendapati penyakit gusi (periodontal disease) mempunyai kaitan dengan penyakit lain. Pendapat terdahulu mengaitkan ia berpunca daripada bakteria yang terdapat dalam mulut pesakit yang mempunyai penyakit gusi yang teruk. Bakteria daripada mulut akan merebak ke organ badan yang lain melalui salur darah. Walaubagaimanapun, kajian sekarang mendapati bahawa proses keradangan di dalam mulut yang menjadi punca utama kepada masalah kesihatan yang lain. Proses keradangan tidak semestinya melibatkan serangan bakteria, tetapi faktor-faktor lain seperti interluekin-1, serangan sel pertahanan badan dan lain-lain. 



1) SALURAN PERNAFASAN                                                                                   

 penyakit gusi boleh menyebabkan risiko untuk mendapat penyakit atau jangkitan kuman di saluran pernafasan meningkat, seperti pneumonia dan saluran pernafasan tersumbat (chronic obstructive pulmonary disease). 

2) MASALAH BUAH PINGGANG
    
    orang dewasa yang tidak mempunyai gigi adalah lebih cenderung untuk mendapat  
    penyakit buah pinggang yang serius, berbanding orang dewasa yang mempunyai gigi. 
    Satu kajian telah dijalankan berkaitan kenyataan ini, dan laporan kajian telah diterbitkan 
    di dalam ‘Journal of Periodontolgy’. 


3) KANSER PANKREAS
    
    pada Januari 2007, Institusi Kanser Antarabangsa ( National Cancer Institute ) telah        
    mendapati bahawa orang lelaki yang menghidapi masalah gusi yang serius mempunyai 
    risiko 33% lebih tinggi untuk mendapat penyakit kanser pankreas berbanding lelaki 
    yang sihat. Ia berhubung kait dengan bakteria yang terdapat di dalam mulut.

4) PENYAKIT ALZHEIMER 

    penyakit Alzheimer mempunyai hubung kait dengan pengumpulan plak bacteria di 
    dalam mulut. The National Library of Medicine menyatakan bahawa bacteria daripada 
    mulut boleh merebak ke otak melalui 2 cara iaitu salur darah atau saraf di bahangian 
    rahang.


5) PENYAKIT JANTUNG

    berbanding orang yang mempunyai kebersihan mulut yang baik, orang  yang ada 
    masalah gusi adalah lebih cenderung 2 kali ganda untuk mendapat penyakit jantung. 
    Contoh masalah jantung yang sering dialami ialah jangkitan kuman di otot jantung 
    (endocarditis) atau ketidakseragaman fungsi jantung (functional irregularities). Penyakit     
    gusi juga boleh mengakibatkan penyakit jantung yang sedia ada bertambah teruk. Oleh 
    itu, pesakit yang mempunyai masalah jantung (untuk kes tertentu) perlu mengambil 
    antibiotik sebelum membuat rawatan pergigian, dengan nasihat daripada pakar jantung  
    atau kardiologis.  


6) MASALAH KULIT

    Jangkitan kuman di bahagian gusi (gingivitis) akan menyebabkan keradangan, 
    pendarahan dan kesakitan di bahagian gusi. Ini akan menyebabkan berlakunya 
    penyusutan gusi dan kehilangan tulang alveolar yang menyokong gigi. Akibatnya, kulit 
    akan kelihatan seperti lebih tua daripada yang sepatutnya.