05 May 2015

KRIM GIGI (TOOTH MOUSSE)

TOOTH MOUSSE/KRIM GIGI
  •        Krim yang mengandungi mineral kalsium dan fosfat (merupakan mineral utama gigi)
  •       Tidak megandungi flourida
  •       Tidak mengandungi gula atau laktos
  •       Bermanfaat untuk mencegah kerosakan gigi melalui proses remineralisasi dengan penggunaan yang kerap
  •      Merupakan produk tenusu (diperbuat daripada protein susu), maka TIDAK SESUAI jika alahan kepada susu/produk tenusu

TOOTH MOUSSE / KRIM GIGI  sesuai digunakan untuk semua peringkat umur, selagi gigi masih ada di dalam mulut. Bayi yang telah tumbuh gigi susu (biasanya 6 bulan dan keatas boleh menggunakan krim gigi untuk mencegah kerosakan gigi yang serius(rampant caries).


KELEBIHAN KRIM GIGI
  Mengembalikan keseimbangan mineral di dalam mulut
-          Memberikan perlindungan tambahan  kepada gigi daripada asid mulut
-          Meneutralkan pH mulut yang berasid
-          Menguatkan gigi dan menjadikan gigi kelihatan lebih bersih
-          Mempunyai pelbagai perasa (5 perasa)
A) sebelum        B) selepas

florosis

INDIKASI-INDIKASI (INDICATIONS)
  • -          Pesakit yang mempunyai kerosakan gigi yang aktif (terutama kanak-kanak)
  • -          Mengalami masalah gigi sensitive atau florosis
  • -          Mempunyai permukaaan gigi yang haus (tooth wear)
  • -          Selepas menjalani rawatan pemutihan gigi
  • -          Selepas menjalani rawatan ortodontik (braces/pendakap gigi)
  • -          Perempuan yang mengalami alahan ketika mengandung (morning sickness )      





CARA PENGGUNAAN
-          Picit sedikit krim gigi ke atas kapas atau tangan yang bersih dan ratakan pada permukaan gigi. Perlu diingatkan, krim gigi disapu selepas pesakit menggosok gigi (pagi dan malam). Bagi kawasan sempit dan sukar dicapai (access) di antara gigi, boleh guna floss yang disapu krim gigi atau guna berus gigi kecil (interdental toothbrush)                                                                                      
-          Biarkan krim kering selama 3 minit . selepas itu, ratakan krim yang lebih ke permukaan gigi yang lain dengan menggunakan lidah.  Krim gigi selamat untuk ditelan kerana diperbuat daripada susu.
       Selepas sapu krim gigi, elakkan daripada berkumur. Tidak boleh makan & minum selama 30 minit selepas penyapuan.