TOOTH MOUSSE/KRIM GIGI |
- Krim yang mengandungi mineral kalsium dan fosfat (merupakan mineral utama gigi)
- Tidak megandungi flourida
- Tidak mengandungi gula atau laktos
- Bermanfaat untuk mencegah kerosakan gigi melalui proses remineralisasi dengan penggunaan yang kerap
- Merupakan produk tenusu (diperbuat daripada protein susu), maka TIDAK SESUAI jika alahan kepada susu/produk tenusu
KELEBIHAN KRIM GIGI
Mengembalikan keseimbangan mineral di dalam
mulut
-
Memberikan perlindungan tambahan kepada gigi daripada asid mulut
-
Meneutralkan pH mulut yang berasid
-
Menguatkan gigi dan menjadikan gigi kelihatan
lebih bersih
-
Mempunyai pelbagai perasa (5 perasa)
A) sebelum B) selepas |
florosis |
INDIKASI-INDIKASI (INDICATIONS)
- - Pesakit yang mempunyai kerosakan gigi yang aktif (terutama kanak-kanak)
- - Mengalami masalah gigi sensitive atau florosis
- - Mempunyai permukaaan gigi yang haus (tooth wear)
- - Selepas menjalani rawatan pemutihan gigi
- - Selepas menjalani rawatan ortodontik (braces/pendakap gigi)
- - Perempuan yang mengalami alahan ketika mengandung (morning sickness )
CARA PENGGUNAAN
-
Picit sedikit krim gigi ke atas kapas atau
tangan yang bersih dan ratakan pada permukaan gigi. Perlu diingatkan, krim gigi
disapu selepas pesakit menggosok gigi (pagi dan malam). Bagi kawasan sempit dan
sukar dicapai (access) di antara gigi, boleh guna floss yang disapu krim gigi
atau guna berus gigi kecil (interdental toothbrush)
-
Biarkan krim kering selama 3 minit . selepas itu,
ratakan krim yang lebih ke permukaan gigi yang lain dengan menggunakan
lidah. Krim gigi selamat untuk ditelan
kerana diperbuat daripada susu.
Selepas sapu krim gigi, elakkan daripada
berkumur. Tidak boleh makan & minum selama 30 minit selepas penyapuan.
No comments:
Post a Comment