28 December 2017

KESAN BURUK AKIBAT MENGHISAP JARI



Seorang bayi dilahirkan dengan beberapa kemahiran semulajadi untuk meneruskan kelangsungan hidup selepas mereka keluar daripada rahim ibu.  Ini adalah termasuk kemahiran menghisap, sama ada menghisap susu atau menghisap jari. Sebelum mereka mencapai umur 6 bulan, kemahiran menghisap adalah sangat penting untuk memastikan mereka mendapat nutrien yang diperlukan untuk tumbesaran yang sihat melalui penyusuan. 





Dalam kebanyakan kes, sesetengah bayi mempunyai tabiat menghisap jari semasa mereka masih di dalam kandungan ibu lagi. Dan berkemungkinan selepas mereka dilahirkan, mereka masih mengamalkan tabiat ini sehingga mereka besar.




Bermula daripada umur 6 bulan ke atas, bayi sudah boleh memakan makanan lain selain minum susu. Ini membolehkan nutrien yang diperolehi daripada makanan seiring dengan keperluan pembesaran mereka. Hal ini adalah kerana sistem percernaan mereka telah bersedia untuk memproses makanan pepejal. Jadi, secara logiknya, kemahiran menghisap tidak begitu penting seperti sewaktu peringkat awal umur mereka. Pada peringkat sekarang kemahiran yang penting adalah bagaimana mereka menggigit, mengunyah dan menelan makanan. Tetapi bagi sesetengah bayi atau kanak-kanak, mereka masih meneruskan tabiat lama kerana lebih selesa dan berasa seronok apabila mereka mengisap puting, menghisap jari ataupun menggigit mainan. Jika tabiat ini diamalkan secara berterusan sehingga mereka besar, ini akan menjejaskan pembesaran tulang muka dan rahang, serta mempengaruhi susunan gigi. 


Mengapa kanak-kanak menghisap jari?

  • Pada mulanya, sucking reflex (refleks menghisap) digunakan untuk menyusu. Lama-kelamaan, kanak-kanak tersebut mula berasa seronok menghisap, lalu akan menghisap jarinya untuk mendapatkan keseronokan.

  • Tabiat menghisap jari mampu menenangkan dan membuatkan kanak-kanak berasa selamat, contohnya ketika terpisah daripada ibu bapa atau berada dalam suasana asing seperti di tadika.


  • Sepertimana sesetengah kanak-kanak tidak boleh tidur tanpa bantal busuk mereka, ada kanak-kanak yang tidak boleh tidur jika tidak menghisap jari/puting; tabiat menghisap jari dan memeluk bantal busuk menenangkan dan memudahkan mereka tidur.




Tetapi, jika tabiat ini diamalkan dengan berterusan sehingga gigi kekal mula tumbuh, maka ia akan mempengaruhi perkembangan tumbesaran kanak-kanak, terutama pada bahagian muka dan mulut. 


1. Semasa menghisap sesuatu di dalam mulut, sama ada jari ataupun puting, lidah akan berada dibahagian bawah objek yang dihisap. 

 


2. Pada kedudukan ini (lidah berada di rahang bawah),  bersama dengan objek yang dihisap (jari atau puting) akan menyebabkan pembesaran rahang menjadi tidak normal. Ia akan memberi tekanan yang tidak normal kepada tulang rahang yang sedang membesar. 

3. Rahang atas akan membesar ke hadapan dan menjadi sempit, menjadikan ia berbentuk seperti V. (pembesaran secara normal adalah rahang atas melebar ke kiri dan ke kanan; rahang berbentuk U) . Hal ini kerana tekanan daripada pipi tidak seimbang dengan tekanan daripada lidah.  Ini akan menyebabkan gigi depan atas akan terkedapan, atau disebut jongang. Manakala gigi bawah akan berkemungkinan jongang kedepan atau kebelakang. 


4. Bagi sesetengah kes, selain daripada masalah gigi jongang, berkemungkinan kanak-kanak terbabit akan ada masalah gigitan antara gigi atas dan bawah terbuka dan tidak bersentuhan (dikenali ‘open bite’).















Bagaimana cara untuk menghentikan tabiat ini?



1 Memberi galakan membina. Contohnya, puji anak anda apabila dia tidak menghisap jari berbanding memarahinya ketika dia menghisap jari. Anak anda akan lebih gembira dan lebih bermotivasi untuk berhenti.

2 Ganjaran seperti mainan, makanan kegemaran atau lawatan ke tempat kesukaannya seperti zoo sebagai hadiah untuk anak anda. Elakkan makanan bergula kerana ia hanya akan memburukkan keadaan.

3 Kanak-kanak yang lebih matang, contohnya yang berusia 6-7 tahun ke atas mungkin boleh memahami kesan-kesan buruk menghisap jari jika diterangkan. Oleh itu, mereka boleh dimotivasi dan diberi galakan untuk berhenti dengan sendiri. Jika mereka tidak mampu berhenti terus (cold turkey method), buat sasaran yang realistik mereka capai, contohnya tidak menghisap jari ketika menonton televisyen. Mereka mungkin akan berasa tidak selesa dalam proses berhenti. Oleh itu, anda harus memberi sokongan dan sentiasa berada di sisi mereka sehingga mereka berjaya.

4 Alat bantuan boleh digunakan untuk menghalang mereka menghisap jari seperti menyapu larutan yang pahit ke atas jari, membalut jari yang dihisap atau memakaikan sarung tangan semasa tidur.
                                                       




5 Oral appliance (alat oral) adalah alat logam berbentuk dawai kokot yang diletakkan di belakang gigi hadapan atas yang bertindak sebagai penghalang kanak-kanak tersebut meletakkan jari ke dalam mulut untuk dihisap. Perlu diingatkan bahawa alat ini selalunya berguna untuk kanak-kanak yang lebih dewasa atau remaja yang ingin berhenti tetapi tidak berjaya menggunakan cara-cara yang lain.


                      




Kesimpulannya, ibu bapa dan doktor gigi harus berkerjasama ke arah mengesan malocclusion (occlusion tidak normal) yang disebabkan oleh tabiat menghisap jari kronik, dan membuat keputusan untuk ‘campur tangan’ pada masa yang sesuai. Walaupun secara teori terdapat banyak cara untuk menghentikan tabiat ini, pada asasnya kita perlu mencari cara yang paling sesuai untuk anak anda ikuti dan seterusnya mencuba mengurangkan kesan buruk tabiat menghisap jari.

05 December 2017

HOW CAN I TELL IF I HAVE GUM DISEASE?

Be aware of if you have :-
  1. Red or swollen gums
  2. Bleeding gum while brushing, flossing 
  3. Bad breath that won’t go away
  4. Loose or separating teeth
  5. Sensitive teeth
  6. Receding gums or longer appearing teeth
  7. Painful chewing
  8. A change in the way your teeth fit together when you bite


If you think you have any of these symptoms, please make an appointment with your dentist as soon as possible.
Prevention is better than cure. Nothing best compare to your own teeth.

Who can suffer from gum disease?

Gingivitis can affect anyone at any age. Some groups are more at risk of developing gum disease.
  1. Diabetics
The blood vessel structure is altered and cause reduction in the efficiency of blood flow. Hence, the gums and bone may weakening and leaving them more prone to infection
糖尿病与牙周疾病
  1. SmokersSMOKING AND GUM
  1. Pregnant woman
Hormonal change may cause gums more sensitive and more susceptible to bleeding.

  1. Denture wearer
Ideal environment for plaque bacteria to grow when the surface material of denture combined with the warmth of your mouth.

  1. Older people

  1. Family history of gum problems

  1. Chronic disease on certain medication 
Some medications can reduce the flow of saliva , which can increase vulnerability to gum disease.
Some medications can cause overgrowth of the gums which can make it difficult to keep clean.


  1. Alcohol consumption

How to treat gum disease?
The main goal of treatment is to control the infection. The number and types of treatment will vary which depending on the extend of gum disease.

Patient need to take full responsibility to maintain good oral hygiene at home. 


  1. Deep scaling
  2. Root planning
  3. Laser 激光治疗与牙周病
  4. Open flap surgery and guided bone regeneration.