24 July 2016

VENEER GIGI




      Veneer gigi merupakan kerangka tampalan yang sangat tipis, dibuat secara khusus untuk seseorang pesakit bagi menutupi permukaan gigi tertentu dengan tujuan memperbaiki dan mencantikkan penampilan atau bentuk gigi. Veneer ini dilekatkan pada bahagian hadapan gigi sehingga warna, bentuk, ukuran atau lebarnya pun berubah menjadi cantik. Veneer gigi dapat bertahan hingga bertahun-tahun sebelum akhirnya rosak dan perlu diganti.


       Veneer gigi diperbuat daripada  porcelain atau resin composite. Veneer porcelain perlu dihasilkan di makmal oleh juruteknologi pergigian yang terlatih sebelum dilekatkan pada permukaan gigi. Manakala  veneer composite boleh dilekatkan terus pada gigi pesakit oleh doktor gigi pada lawatan klinik yang pertama, atau perlu dihantar ke makmal untuk diproses oleh juruteknologi dahulu. Namun, veneer dengan bahan porcelain adalah lebih baik jika dibandingkan dengan bahan resin composite. Selain itu, porcelain veneer juga mampu memberikan warna gigi yang lebih natural. Bahan resin composite lebih tipis dan memerlukan sedikit pengikisan pada lapisan atas gigi sebelum veneer dipasang. Pesakit boleh berbincang dan mendapatkan penerangan yang lebih lanjut dengan doktor gigi untuk mengetahui jenis veneer yang sesuai uintuk gigi mereka.



MASALAH GIGI YANG BOLEH DIPERBAIKI OLEH VENEER GIGI

       1)      Gigi yang mengalami perubahan warna
-          biasanya disebabkan oleh rawatan akar gigi, perubahan warna gigi akibat pengambilan ubat semasa gigi terbentuk, terlebih pengambilan fluoride, tampalan resin yang besar, dan sebagainya

  
2            2)      Permukaan gigi yang telah haus
-           biasanya kerana amalan suka melaga-lagakan/ketap gigi atau disebabkan oleh factor usia

3            3)      Gigi yang patah atau retak


4            4)      Gigi yang tidak sejajar, tidak lurus atau berbentuk tidak seperti biasanya




5           5)      Gigi yang berjarak antara satu dengan lainnya
-          untuk menutup ruang di antara gigi-gigi tersebut




MASALAH GIGI YANG TIDAK BOLEH DIRAWAT DENGAN VENEER GIGI
          1)      Kebersihan mulut yang tidak memuaskan , serta mempunyai masalah gusi
          2)      Permukaan gigi yang telah rosak, dan memerlukan tampalan semua bahagian gigi ;         
                         korona/sarung gigi (full coverage filling ; crown)
          3)      Pesakit yang mempunyai permukaan gigi yang sangat pendek disebabkan oleh perubahan                              gigitan pesakit secara vertical (change in occlusal vertical dimension)
          4)      Untuk memperbaiki gigi berlapis yang teruk.


PROSEDUR VENEER

Pemeriksaan gigi untuk mengetahui masalah gigi serta puncanya (kadang kala pengambilan x-ray diperlukan). Sesi konsultasi mungkin 2 kali atau pun lebih. 

Enamel atau lapisan paling luar gigi akan dikikis sedikit (minimum 0.5 millimeter) untuk mempersiapkan tempat bagi veneer. Tindakan ini berguna untuk mengelakkan veneer tampak menonjol, lebih tebal atau terasa besar.

Acuan mulut diambil agar veneer yang dibuat sesuai dengan bentuk dan ukuran gigi anda. Peringkat ini perlu dihasilkan di makmnal oleh juruteknologi pergigian, dan biasanya perlu masa 1-2 minggu.

Doktor gigi mencuba dan menampal veneer pada gigi.




























06 June 2016

小孩换牙期

问:乳牙内怎么又长出另一颗新牙?
答:有时恒牙牙胚位置并没有在乳牙的正下方,所以不会造成乳牙松落,反而长在乳牙的内或外侧,结果出现了两排牙齿的情况。
父母不要期待牙齿会自动脱落,一定要请牙医把乳牙拔除。因牙根蛮长的,所以需要打麻醉针。
当乳牙拔出后,恒牙多数会长回正确的位置去。



问:怎么办,新长的门牙之间怎么会有如此大的缝隙。
答:父母常会担心孩子的门牙为何会这么开,其实这是非常正常的事。当门牙萌发时,它会有向外开展的现象,等到邻牙和虎牙长出的时候,再慢慢把它往中间挤,慢慢地把门牙中间的缝隙弄密。
但如果虎牙长出来后还有牙缝的话,那么就请牙医检查是否门牙之间有多生牙,又或是唇系带过长。那么就需要把它拔除或切短。


问: 乳牙掉了,可是恒牙却迟迟长不出来,怎么办?
答:若真的等待了数个月后还是不见恒牙,那么家长们就要带孩子到诊所去让牙医做个详细的检查。一般来说,牙医都会利用X光片做检查。
有几个可能因素:


·先天性缺牙发现底下没有恒牙的牙胚,缺牙的部位不会再长出新的牙齿了。
·恒牙上面覆盖的牙龈组织太厚/太硬了有恒牙的牙胚,造成新牙无法冲破而萌发出来,通常都会建议进行外科手术的方法切开表面的牙龈组织,促使新牙尽早长出。
·多生牙就是两颗门牙的中间有多生牙挡着,使到正常的恒牙无法萌出。这样的情形多数需要先把这颗多生牙拔除,新牙才能长出。
·若乳牙太早因意外而掉落,恒牙牙胚发育还没完全,邻牙会倾倒向缺牙的空间 ,造成空间不足,所以会造成恒牙延迟或无法萌发出来。

 问: 恒牙长不齐怎么办?
 答 :换牙时前恒牙从乳牙的下方或内侧萌出,萌出的恒牙即为成人牙齿的大小,出现轻度拥挤、扭转是正常的,可随邻牙的萌出和颌骨的生长发育而自行调整排齐,一般不必矫治,但要定期观察,最长不应超过半年。如在乳牙完全替换后仍排列不齐,应及时就诊,以免因延误治疗,造成矫正困难。

08 May 2016

Q&A : Periodontal tisu dan penyakit


1.0 APAKAH ITU PERIODONTAL TISU/PERIODONTIUM?

Periodontium merujuk kepada tisu sekeliling yang menyokong gigi di dalam mulut. Gigi terdiri kepada 2 bahagian iaitu korona/crown dan akar gigi.

Struktur periodontium terbahagi kepada empat iaitu:

  • Gingiva: gusi yang menyeliputi akar gigi dan tulang rahang.

  • Cementum: satu lapisan berwarna kekuningan yang membaluti akar gigi.

  • Ligamen periodontal (periodontal ligament): tisu kenyal yang menghubungkan akar gigi dengan tulang. Juga bertindak sebagai penyerap impak (impact absorber) supaya gigi anda tidak berlaga dengan tulang semasa anda makan.

  • Tulang alveolar (alveolar bone): Tulang di sekeliling gigi anda.

 

2.0 APAKAH PENYAKIT GUSI?

 Penyakit gusi adalah keradangan pada tisu dan struktur periodontium, iaitu struktur yang menyokong gigi kita. Secara umum, terdapat dua jenis penyakit gusi :-

 

o   Gingivitis: keradangan HANYA pada gusi.

-          Gusi berwarna merah, mudah berdarah dan bengkak, mulut berbau

 

o   Periodontitis: keradangan pada gusi dan juga struktur periodontium yang lain.

-          Gusi bengkak kemerah-merahan, berdarah dan kadang-kadang bernanah, gigi longgar dan bergerak, mulut berbau busuk, gusi menyusut dan gigi kelihatan panjang, sakit, rasa sensitif

 



gusi yang sihat

  
 

gingivitis

periodontitis
 

    

 
 
 
 
 
 
3.0 APAKAH PUNCA PENYAKIT GUSI

Penyakit gusi terjadi akibat pengumpulan plak di kawasan gigi dan gusi. Ini merupakan punca utama untuk masalah di dalam mulut.

Tetapi, terdapat juga beberapa faktor sistemik yang dikaitkan dengan penyakit periodontitis yang kronik. Namun begitu, harus diingati bahawa faktor sistemik selalunya hanya akan membuatkan penyakit gusi yang sedia ada bertambah buruk, bukannya punca penyakit gusi bermula.

 

o    Merokok

o    Kencing manis.

o    Darah tinggi.

o    Mengandung

o    Diet tinggi kandungan gula.

o    Tekanan perasaan.

o    Sistem pertahanan badan yang lemah

 

4.0 APAKAH PLAK GIGI?

Plak adalah satu lapisan nipis bakteria atau kotoran yang melekat pada permukaan gigi. Plak terhasil daripada pengumpulan berjuta-juta bakteria yang berada dalam mulut. Bakteria ini akan menghasilkan racun/toksin yang menyebabkan keradangan pada periodontal tisu. Pada awalnya plak ini biasa berwarna putih, tetapi lama-kelamaan jika dibiarkan lama tidak dibersihkan ia akan berwarna kuning dan mengeras. Plak yang keras dipanggil karang gigi atau tartar.

Kadang-kadang plak juga banyak ditemui pada gusi ataupun lidah. Plak gigi tidak boleh dibersihkan dengan hanya kumur mulut sahaja, tetapi mesti diberus setiap hari.


plak gigi
karang gigi
 

5.0 ADAKAH PENYAKIT GUSI BOLEH DIRAWAT?

Biasanya penyakit gusi tidak boleh dirawat, kerana struktur periodontium yang telah rosak tidak boleh diperbaiki atau tumbuh semula. Walau bagaimanapun, penyakit ini boleh dikawal untuk mengelakkan ia jadi semakin teruk. Rawatan yang boleh dilakukan ialah

o   Penskaleran secara berkala / scaling

o   curettage

Kesihatan gigi yang baik perlu dicapai melalui amalan :

  • Penjagaan kebersihan mulut yang baik dengan:
    • Berus gigi sehingga bersih
    • Gunakan flos
    • Berkumur-kumur dengan ubat kumur
  • Makan secara sihat dan hadkan pengambilan makanan ringan yang manis
  • Tidak merokok
  • Pemeriksaan gigi secara berkala (6 bulan sekali)

Dapatkan nasihat daripada doktor pergigian jika masalah masih berterusan.