Adakah anda berjumpa dengan doktor gigi untuk melakukan pemeriksaan gigi secara berkala? Kebanyakan individu akan berjumpa dengan doktor gigi jika gigi mereka ada masala seperti sakit, bengkak, gigi pecah ataupun gusi berdarah.
Tahukah anda masalah di atas dapat dielak jika anda melakukan pemeriksaan gigi? Pepatah 'sediakan payung sebelum hujan' adalah amat sesuai untuk dikaitkan dengan gigi kita, kerana jika gigi telah rosak dan perlu dicabut, maka masalah lain akan timbul. Contohnya; tidak selesa bercakap ataupun susah untuk mengunyah makanan.
Berikut merupakan procedure tampalan yang akan dilakukan jika gigi berlubang. Keseluruhan proses biasanya tidak menyakitkan dan ambil masa lebih kurang 15-20minit untuk menampal 1 gigi (bergantung kepada saiz lubang pada gigi).
Tahukah anda masalah di atas dapat dielak jika anda melakukan pemeriksaan gigi? Pepatah 'sediakan payung sebelum hujan' adalah amat sesuai untuk dikaitkan dengan gigi kita, kerana jika gigi telah rosak dan perlu dicabut, maka masalah lain akan timbul. Contohnya; tidak selesa bercakap ataupun susah untuk mengunyah makanan.
Berikut merupakan procedure tampalan yang akan dilakukan jika gigi berlubang. Keseluruhan proses biasanya tidak menyakitkan dan ambil masa lebih kurang 15-20minit untuk menampal 1 gigi (bergantung kepada saiz lubang pada gigi).
berlubang/karies. Jika terdapat karies, lokasi dan saiz akan
ditentukan.
2. Doktor gigi akan menentukan apakah rawatan yang sesuai,
bergantung kepada saiz dan kedalaman karies gigi. Peringkat ini
adalah pening untuk memastikan selepas tampalan dibuat, gigi
tidak akan berasa sakit & untuk mengelakkan kerosakan yang baru
pada gigi yang ditampal. Kadang-kala sebelum rawatan dijalankan,
pesakit dikehendaki untuk mengambil xray gigi (untuk memeriksa
kedalaman gigi yang rosat atau terdapat jangkitan kuman ataupun tidak).
- Gigi yang sihat, diselaputi oleh plak /kotoran gigi / karang gigi hanya memerlukan rawatan penskaleran atau cuci gigi.
- Manakala, gigi yang telah rosak memerlukan rawatan tampalan gigi.
- Jenis tampalan bergantung kepada keseriusan karies. Jika karies hanya di enamel & dentin gigi, tampalan biasa akan dilakukan.
- Jika saiz kerosakan besar, sehingga ke saraf gigi, maka rawatan akar perlu dilakukan (untuk mengelakkan cabutan gigi).
- Tetapi, jika kerosakan gigi telah melibatkan tulang atau tisu sokongan, kemungkinan gigi perlu dicabut.
3. Sebelum rawatan gigi dilakukan, ubat bius akan dicucuk
untuk mengelakkan pesakit berasa sakit (lebih kepada
masalah sensitif gigi). Selain itu, tujuan ubat bius adalah
untuk memastikan pesakit berasa selesa sepanjang
rawatan diberikan.
4. Doktor gigi & jururawat pergigian akan menyediakan
peralatan rawatan gigi yang diperlukan
5. Karies tisu akan dibersihkan sama ada menggunakan peralatan ‘drilling’ / angin
bertekanan tinggi / laser.
Tisu karies yang lembut berwarna kuning/coklat akan dibuang, permukaan gigi yang
keras (walaupun berwarna hitam/gelap) akan dibiarkan.
Gigi akan diasingkan dengan empangan getah untuk memastikan semasa tampalan
dibuat, tiada air liur melekat pada gigi (gigi perlu sentiasa kering). Jika terdapat air leur,
maka proses perlekatan bahan tampalan ke gigi akan terganggu.
lagi sekali. Ini untuk memastikan jika lubang gigi dekat
dengan saraf, satu lapisan tampalan tambahan perlu
dibuat untuk melindungi saraf gigi (bahan tampalan bias
bersifat asid, jika hampir dengan saraf, boleh
menyebabkan gigi sakit)
7. Proses tampalan akan dilakukan apabila gigi telah dibersihkan & kering. Bahan tampalan
gigi yang selalu digunakan ialah :
- amalgam ; berwarna kelabu, paling kyat,
mengandungi sedikit merkuri
- composite resin ; berwarna putih (mengikut warna gigi) ,
sangat sensitif terhadap air dan
persekitaran lembap
- glass ionomer cement (GIC) ; berwarna kekuningan
sedikit, tidak sensitif terhadap air
Peringkat akhir adalah melicinkan permukaan tampalan supaya pesakit berasa selesa, & plak makanan senang dibersihkan.