02 December 2016

PENDAKAP GIGI DAMON , LEBIH SELESA DAN MENAWAN



Sudah menjadi trend remaja masa kini untuk memakai pendakap gigi atau dikenali sebagai braces. Rawatan pendakap gigi sering dilakukan untuk memperbetulkan gigi yang tidak teratur / maloklusi. Memiliki barisan gigi yang cantik dan sihat merupakan satu aset yang tidak ternilai kerana ia bukan sahaja mengekalkan kesihatan mulut tetapi ia juga memberikan keyakinan diri.    







Kajian yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan bahagian pergigian mendapati lebih kurang 35 peratus mereka yang berumur antara 12 hingga 15 tahun mengalami masalah gigi yang tidak teratur, berlapis, dan jongang. Jika dilihat dari segi kesihatan pergigian, gigi yang tidak teratur ini boleh mendatangkan beberapa masalah lain seperti mengganggu fungsi perngunyahan dan percakapan. Pesakit ini selalunya mengalami kesukaran untuk menyebut perkataan ‘S’ dan ‘T’ pada awal perkataan dan menyebabkan pertuturan tidak jelas. Selain itu, mereka yang mengalami masalah gigi berlapis akan menghadapi kesukaran untuk membersihkan gigi kerana tidak semua permukaan akan sampai sekiranya diberus, dan untuk jangka masa panjang gigi ini akan berlubang. Kesan yang paling ketara akan dihadapi oleh mereka yang mempunyai masalah gigi tidak teratur ini adalah dari sudut rupa paras (kecantikan).  



Gigi berlapis disebabkan banyak faktor, antaranya saiz gigi dan gusi tidak seimbang, gigi sesak (terlalu banyak) atau gigi condong ke hadapan (jongang). Saiz rahang yang terlampau besar dan panjang yang tidak sesuai dengan gigi juga antara sebab asas berlakunya masalah gigi tidak teratur ini. Pada masa yang sama, masalah gigi yang tidak teratur juga mungkin disebabkan oleh faktor genetik. 





Rawatan pemakaian pendakap gigi boleh dan sesuai dilakukan untuk semua peringkat umur. Namun, umur yang paling ideal untuk kanak-kanak adalah antara 12 hingga 13 tahun kerana pada waktu ini kanak-kanak sedang membesar dan kesemua gigi kekal telah tumbuh.


                                            FAMILY CARE DENTAL SURGERY 

                                 No 30/4A & 30/3A,                 No 114/A, 
                           Jalan Panchoran Ayer,                 Jalan Sultanah,
                                 83000 Batu Pahat,                 83000 Batu Pahat,
                                                     Johor.                 Johor. 

Di klinik pergigian kami, pendakap gigi yang digunakan ialah Damon System.  Jika anda berminat untuk mendapatkan rawatan pendakap gigi, boleh hubungi kami untuk dapatkan pemeriksaan dan penjelasan yang lebih lanjut.


Kelebihan penggunaan pendakap gigi jenis Damon ialah : 

1) Penampilan / Appearance



Pemakaian pandakap gigi kadang kala menjadikan penampilan kurang cantik. Hal ini kerana terdapat wayar dan besi yang melekat pada gigi kita. Tetapi, untuk sistem Damon, terdapat 2 pilihan warna bracket / pengurung, iaitu warna metal atau warna putih seramik. Bracket yang berwarna putih kelihatan lebih menarik dan seperti tidak memakai pendakap gigi kepada pesakit.    


2) Lebih selesa



Pendakap gigi jenis Damon adalah jenis ‘self-ligating’, di mana ia tidak memerlukan getah  atau wayar halus tambahan untuk mengetatkan pendakap gigi. Bracket Damon ada ciri-ciri klip khas yang memudahkan doktor untuk mengunci bracket pendakap gigi, sekaligus memberi keselesaan kepada pesakit kerana kurang sakit. 

Pendakap gigi konvensional selalunya memerlukan wayar tambahan yang halus ataupun getah yang berwarna-warni untuk mengunci bracket. Ini menyebabkan gigi berasa ketat serta sakit, dan menjadikan gigi lambat bergerak kerana kehadiran geseran yang kyat.


3) Rawatan susulan tidak terlalu kerap


Ciri khas ‘self-ligating’ membolehkan pesakit menjarakkan rawatan susulan dalam jarak 6 minggu dan 2 bulan. Oleh itu, ia akan menjimatkan masa pesakit. Sekiranya pesakit tidak dapat hadir untuk rawatan susulan pada masa yang lama, pendakap gigi Damon akan terus memegang dan menggerakkan gigi lebih lama daripada konvensional pendakap gigi. 


4) Senang dibersihkan

Oleh kerana tiada wayar pengikat tambahan, pesakit mudah membersihkan mulut terutama di sekitar bracket. Selain itu, saiz bracket yang lebig kecil menjadikan gigi senang diberus.  




5) Masa rawatan yang singkat

Sistem Damon membolehkan gigi bergerak sendiri tanpa perlu menukar wayar terlalu kerap. Selain itu, jika dibandingkan dengan pendakap gigi konvensional, tempoh waktu rawatan untuk sistem Damon adalah lebih singkat.



6) Senyuman lebih menawan 
Pada peringkat awal rawatan braces, objektif utama adalah untuk menegakkan gigi dan memperbetulkan susunan gigi. Sistem Damon akan melebarkan rahang gigi secara perlahan-lahan, dan apabila rawatan telah siap, senyuman pesakit akan lebih lebar dan profile muka pesakit akan lebih menawan.