Veneer gigi merupakan kerangka tampalan yang sangat tipis,
dibuat secara khusus untuk seseorang pesakit bagi menutupi permukaan gigi tertentu
dengan tujuan memperbaiki dan mencantikkan penampilan atau bentuk gigi. Veneer
ini dilekatkan pada bahagian hadapan gigi sehingga warna, bentuk, ukuran atau
lebarnya pun berubah menjadi cantik. Veneer gigi dapat bertahan hingga bertahun-tahun
sebelum akhirnya rosak dan perlu diganti.
Veneer gigi diperbuat daripada porcelain atau resin composite. Veneer porcelain
perlu dihasilkan di makmal oleh juruteknologi pergigian yang terlatih sebelum
dilekatkan pada permukaan gigi. Manakala veneer composite boleh dilekatkan terus pada
gigi pesakit oleh doktor gigi pada lawatan klinik yang pertama, atau perlu
dihantar ke makmal untuk diproses oleh juruteknologi dahulu. Namun, veneer
dengan bahan porcelain adalah lebih baik jika dibandingkan dengan bahan resin
composite. Selain itu, porcelain veneer juga mampu memberikan warna gigi yang
lebih natural. Bahan resin composite lebih tipis dan memerlukan sedikit
pengikisan pada lapisan atas gigi sebelum veneer dipasang. Pesakit boleh
berbincang dan mendapatkan penerangan yang lebih lanjut dengan doktor gigi
untuk mengetahui jenis veneer yang sesuai uintuk gigi mereka.
MASALAH GIGI YANG
BOLEH DIPERBAIKI OLEH VENEER GIGI
1)
Gigi yang mengalami perubahan warna
-
biasanya disebabkan oleh rawatan akar gigi,
perubahan warna gigi akibat pengambilan ubat semasa gigi terbentuk, terlebih
pengambilan fluoride, tampalan resin yang besar, dan sebagainya
2 2)
Permukaan gigi yang telah haus
-
biasanya kerana
amalan suka melaga-lagakan/ketap gigi atau disebabkan oleh factor usia
3 3)
Gigi yang patah atau retak
4 4) Gigi yang tidak sejajar, tidak lurus atau
berbentuk tidak seperti biasanya
5 5)
Gigi yang berjarak antara satu dengan lainnya
-
untuk menutup ruang di antara gigi-gigi tersebut
MASALAH GIGI YANG
TIDAK BOLEH DIRAWAT DENGAN VENEER GIGI
1)
Kebersihan mulut yang tidak memuaskan , serta
mempunyai masalah gusi
korona/sarung gigi (full coverage filling ;
crown)
3)
Pesakit yang mempunyai permukaan gigi yang
sangat pendek disebabkan oleh perubahan gigitan pesakit secara vertical (change
in occlusal vertical dimension)
PROSEDUR VENEER
Pemeriksaan gigi untuk mengetahui masalah gigi serta
puncanya (kadang kala pengambilan x-ray diperlukan). Sesi konsultasi mungkin 2
kali atau pun lebih.
Acuan mulut diambil agar veneer yang dibuat sesuai dengan
bentuk dan ukuran gigi anda. Peringkat ini perlu dihasilkan di makmnal oleh
juruteknologi pergigian, dan biasanya perlu masa 1-2 minggu.
Doktor gigi mencuba dan menampal veneer pada gigi.