1.0 APAKAH ITU
PERIODONTAL TISU/PERIODONTIUM?
Periodontium merujuk kepada tisu sekeliling yang menyokong
gigi di dalam mulut. Gigi terdiri kepada 2 bahagian iaitu korona/crown dan akar
gigi.
Struktur periodontium terbahagi kepada empat iaitu:
- Gingiva:
gusi yang menyeliputi akar gigi dan tulang rahang.
- Cementum:
satu lapisan berwarna kekuningan yang membaluti akar gigi.
- Ligamen
periodontal (periodontal ligament): tisu kenyal yang menghubungkan
akar gigi dengan tulang. Juga bertindak sebagai penyerap impak (impact
absorber) supaya gigi anda tidak berlaga dengan tulang semasa anda makan.
- Tulang alveolar (alveolar bone): Tulang di sekeliling gigi anda.
2.0 APAKAH
PENYAKIT GUSI?
Penyakit gusi adalah
keradangan pada tisu dan struktur periodontium, iaitu struktur yang menyokong
gigi kita. Secara umum, terdapat dua jenis penyakit gusi :-
o
Gingivitis: keradangan HANYA pada
gusi.
-
Gusi berwarna
merah, mudah berdarah dan bengkak, mulut berbau
o
Periodontitis: keradangan pada gusi
dan juga struktur periodontium yang lain.
-
Gusi bengkak
kemerah-merahan, berdarah dan kadang-kadang bernanah, gigi longgar dan bergerak,
mulut berbau busuk, gusi menyusut dan gigi kelihatan panjang, sakit, rasa sensitif
gusi yang sihat |
gingivitis |
periodontitis |
3.0 APAKAH PUNCA
PENYAKIT GUSI
Penyakit gusi terjadi akibat pengumpulan plak di kawasan gigi dan gusi. Ini merupakan
punca utama untuk masalah di dalam mulut.
Tetapi, terdapat juga beberapa faktor sistemik yang dikaitkan dengan penyakit periodontitis yang
kronik. Namun begitu, harus diingati bahawa faktor sistemik selalunya hanya
akan membuatkan penyakit gusi yang sedia ada bertambah buruk, bukannya punca
penyakit gusi bermula.
o Merokok
o Kencing
manis.
o Darah
tinggi.
o Mengandung
o Diet
tinggi kandungan gula.
o Tekanan
perasaan.
o Sistem
pertahanan badan yang lemah
4.0 APAKAH PLAK
GIGI?
Plak adalah satu lapisan nipis bakteria atau kotoran yang
melekat pada permukaan gigi. Plak terhasil daripada pengumpulan berjuta-juta
bakteria yang berada dalam mulut. Bakteria ini akan menghasilkan racun/toksin
yang menyebabkan keradangan pada periodontal tisu. Pada awalnya plak ini biasa
berwarna putih, tetapi lama-kelamaan jika dibiarkan lama tidak dibersihkan ia akan
berwarna kuning dan mengeras. Plak yang keras dipanggil karang gigi atau tartar.
Kadang-kadang plak juga banyak ditemui pada gusi ataupun
lidah. Plak gigi tidak boleh dibersihkan dengan hanya kumur mulut sahaja, tetapi
mesti diberus setiap hari.
plak gigi |
karang gigi |
5.0 ADAKAH
PENYAKIT GUSI BOLEH DIRAWAT?
Biasanya penyakit gusi tidak boleh dirawat, kerana struktur
periodontium yang telah rosak tidak boleh diperbaiki atau tumbuh semula. Walau bagaimanapun,
penyakit ini boleh dikawal untuk mengelakkan ia jadi semakin teruk. Rawatan yang
boleh dilakukan ialah
o
Penskaleran secara berkala / scaling
o
curettage
Kesihatan gigi yang baik perlu dicapai melalui amalan :
- Penjagaan
kebersihan mulut yang baik dengan:
- Berus
gigi sehingga bersih
- Gunakan
flos
- Berkumur-kumur
dengan ubat kumur
- Makan
secara sihat dan hadkan pengambilan makanan ringan yang manis
- Tidak
merokok
- Pemeriksaan
gigi secara berkala (6 bulan sekali)
Dapatkan nasihat daripada doktor pergigian jika masalah masih
berterusan.